SEMINAR SMART STRATA 2017

SEMINAR SMART STRATA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan PTGS akan menganjurkan Seminar Smart Strata 2017  yang akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2017, bertempat  di  Setia City Convention Centre. Bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar ini akan mengupas dan membentangkan topik – topik penting terkini seperti Evolusi Pembangunan Strata dan hala tuju Pengurusan Strata di Malaysia, proses SIFUS (Sijil Formula Unit Syer), Vacant Possession (VP), Permohonan Hakmilik Strata, Certificate of Proposed Strata Plan (CPSP) dan pendedahan berkenaan seksyen peralihan Akta Hakmilik Strata 1985 A1518 pindaan 2016 yang merangkumi pindaan berkaitan :

i)   Pengambilan Petak/ Bangunan/ Harta Bersama/ Tanah
ii)  Bangunan Khas (pelan dan bangunan yang tidak sama)
iii) Perlaksanaan Cukai Petak Strata

Bersama-sama ini disertakan poster dan borang pendaftaransebagai rujukan.Tempat adalah terhad dan promosi ‘early bird’  adalah untuk pendaftaran pada 6 – 8 Febuari 2017. Untuk pendaftaran penyertaan seminar, sila isikan borang pendaftaran seminar dan lampirkan bukti pembayaran serta hantar ke email jamil@selangor.gov.my Sila hubungi Encik Jamil Bin Jemain di talian 014-6681801 / 03-55205640. Faks 03-55447681.

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Hakmilik Strata

Pejabat Tanah dan Galian Selangor