ANUGERAH MCIEA 2017

ANUGERAH MCIEA 2017

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan menganjurkan Anugerah MCIEA 2017 bertujuan untuk mengiktiraf penggiat-penggiat industri yang telah menampilkan kecemerlangan di dalam industri pembinaan Negara. Anugerah MCIEA merupakan salah satu inisiatif CIDB di dalam menjayakan agenda kerajaan ke arah peningkatan prestasi industri pembinaan di Malaysia. Kategori-kategori yang dipertandingkan di dalam Anugerah MCIEA 2017 adalah seperti berikut :

  1. Anugerah Kontraktor Terbaik (Kontraktor Gred G1 – G6)
  2. Anugerah Projek Terbaik (Bangunan & Infrastruktur)
  3. Anugerah Pencapaian Antarabangsa
  4. Anugerah Keselamatan & Kesihatan,
  5. Anugerah Binaan Hijau
  6. Anugerah IBS
  7. Anugerah Inovasi 
  8. Anugerah Jurubina Terbaik (Kontraktor Gred G7)
  9. Anugerah Individu (Tokoh Terkemuka, CEO of the Year & Construction Leading Lady)

3.         Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai Anugerah MCIEA 2017 bagi kategori yang berkaitan dengan mengisi borang penyertaan seperti di lampiran atau boleh dimuat turun daripada laman web www.cidb.gov.my. Borang dan dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut:

    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

            Sektor Dasar & Perancangan Strategik

            (U/P : Sekretariat MCIEA 2017)

Tingkat 25 Menara Dato’ Onn

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

No 45 Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

Email : mciea2017@cidb.gov.my

Faks  : 03 – 4047 7020

Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan pada 28 April 2017 (Jumaat).

4.         Setiap penyertaan di dalam MCIEA 2017 akan melayakkan syarikat yang menyertai untuk mendapat 20 mata CCD. Insentif-insentif bagi penerima-penerima Anugerah adalah seperti berikut :

  1. Kebenaran menggunakan logo MCIEA di dalam penerbitan mereka untuk tempoh satu tahun
  2. Publisiti percuma tentang produk dan perkhidmatan mereka di dalam penerbitan CIDB
  3. Publisiti di dalam laman web CIDB
  4. Memperolehi 40 mata CCD untuk kontraktor
  5. Penglibatan di dalam aktiviti promosi dan intelektual CIDB

5.         Bersama-sama ini disertakan brosur MCIEA untuk perhatian dan tindakan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Suhana Mohd Said/ Cik Ani Arina/ En Mohd Ikbal/  di talian 03–4047 7016/7263/7022/. Kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MEMBINA KEJAYAAN ANDA”

Attachment: WEBSITE HEADER MCIEA 2017.pdf

Attachment: bunting7.jpg